
Surau Al-Islah telah dibina sekitar tahun 1993 untuk menampung jemaah penduduk di sekitar Seksyen 7 Selatan Shah Alam. Terletak di Jalan Paladium Tiga 7/33C, surau ini terbina diatas tanah berkeluasan 0.498 ekar.
Kini setelah lebih 30 tahun beroperasi, Surau Al-Islah sudah tidak mampu menampung jumlah jemaah setiap kali Solat Jumaat.
Pihak pengurusan surau telah mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk meneruskan usaha Pembangunan dan mengizinkan kutipan dana awam dijalankan untuk menampung kos pembinaan semula yang berjumlah RM10 Juta.
..............
Perkongsian Keadaan Surau oleh Tuan Pengerusi Surau Al-Islah:

Keadaan setiap kali Solat Jumaat, jemaah terpaksa solat hingga di kawasan perkarangan luar surau.

Jemaah pada hari Jumaat kebiasaannya melebihi 1,000 orang.

Sudah pasti pihak surau ingin sediakan yang terbaik buat para jemaah yang solat Jumaat disini.
----------------------------
SANGGUPKAH KITA MEMBIARKAN KEADAAN INI BERLARUTAN?


Susun atur baru pembinaan Surau Al-Islah Seksyen 7 ini bakal memberi nafas baru dan keselesaan penuh serta jemaah dapat beribadah dengan lebih tenang.


Surau ini perlu dinaik taraf segera agar ia kekal menjadi tempat sujud yang selesa dan selamat. Jangan biarkan Rumah Allah ini terus dalam keadaan begini.
Hulurkan Infaq Anda Hari Ini, Ia Saham Akhirat Buat Kita Selamanya.

